Risau berkenaan prestasi seks anda?

.

Jangan risau kerana anda tidak berseorangan.

.

Berdasarkan kajian perubatan, data menunjukkan bahawa ejakulasi pramatang merupakan masalah utama yang berlaku pada lelaki.

.

Prestasi Seks

.

Satu lagi masalah yang menghantui lelaki adalah mati pucuk.

.

Kedua-dua masalah ini akan mengganggu prestasi seks lelaki dan juga akan menjejaskan hubungan seksual dengan pasangan.

.

Jika sekalipun anda tidak ada masalah tersebut, anda pastinya ingin pastikan prestasi seks anda konsisten atau lebih baik.

.

Anda tak perlu risau kerana sekarang ini ada beberapa jenis alternatif atau rawatan untuk anda meningkatkan prestasi seks anda.

.

Itulah apa yang bakal kami kongsikan dengan anda dalam artikel kali ini.

.

Jom baca!

.

.

Apa Alternatif Untuk Meningkatkan Prestasi Seks?

.

Prestasi Seks

.

Ada dua cara yang kami sangat sarankan kepada anda iaitu:

  • Ubat farmasi
  • Supplement berasaskan herba

.

Untuk ubat farmasi, ada beberapa ubat yang anda boleh gunakan untuk mengatasi masalah berkaitan prestasi seks seperti:

  • Viagra
  • Cialis
  • Levitra

.

Untuk bahagian pertama perkongsian ini, kami akan ceritakan kesan setiap satu ubat farmasi ini dahulu.

.

Baca Juga : 103 Ubat Kuat Berbahaya Kepada Kesihatan Lelaki (UPDATE 2020)

.

.

Kesan Viagra Terhadap Prestasi Seks

.

.

Antara ubat yang paling popular untuk meningkatkan prestasi seks adalah viagra.

.

Bahan aktif yang ada didalam adalah sildenafil dan dijenamakan sebagai Viagra.

.

Sebenarnya Viagra direka dan dipasarkan sebagai rawatan kepada masalah mati pucuk.

.

Namun, ramai juga lelaki yang percaya bahawa ia mampu membuatkan mereka bertahan lebih lama di ranjang dan meningkatkan prestasi seks.

.

.

Berkesan Ke Viagra?

.

Prestasi Seks

.

Sildenafil yang merupakan bahan aktif didalam Viagra berfungsi untuk meningkatkan aliran darah kepada bahagian lembut dan tisu ereksi didalam zakar anda.

.

Ia akan menjadikan anda lebih mudah untuk mendapat dan mengekalkan ereksi.

.

Ia juga akan menyebabkan ereksi yang lebih kuat dan akan meningkatkan prestasi seks anda dalam tempoh 4 ke 6 jam.

.

Jika ingin digunakan sebagai rawatan kepada masalah ejakulasi pramatang, ia dikatakan tidak berapa berkesan untuk meningkatkan:

  • Tempoh masa untuk anda melakukan seks sebelum ejakulasi
  • Tahap sensitiviti zakar anda
  • Tempoh sebelum anda mengalami orgasm

.

Namun, terdapat beberapa kajian menarik berkenaan Viagra terhadap ejakulasi pramatang yang anda perlu tahu.

.

Prestasi Seks

.

Kajian pada tahun 2007 menunjukkan bahawa sildenafil memberikan kesan terhadap masa ejakulasi bagi mereka yang mengalami masalah ini.

.

Satu kajian pada tahun 2005 menunjukkan lelaki yang menggunakan sildenafil mengalami pertambahan kecil terhadap tempoh sebelum ejakulasi.

.

Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan ia mampu merawat masalah ejakulasi pramatang, ia sebenarnya mungkin berkaitan dengan placebo effect.

.

Placebo effect adalah keadaan psikologi dimana anda merasakan sesuatu rawatan atau ubat tersebut mampu untuk memberikan kesan seperti yang anda harapkan.

.

Sebagai contoh, anda yakin ubat kuat mampu besarkan zakar anda jadi bila anda mula menggunakannya, anda rasa zakar anda mula menunjukkan perubahan.

.

Kalau anda nak cari Viagra Malaysia, anda boleh dapatkan di farmasi namun anda perlu mendapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

.

.

Kesan Cialis Terhadap Prestasi Seks

.

Prestasi Seks

.

Cialis merupakan jenama kepada bahan aktif yang dikenali sebagai tadalafil.

.

Ia berfungsi untuk menghalang tindakan enzim yang dikenali sebagai cGMP – specific phosphodiesterase type-5 (PDE-5).

.

Enzim ini akan memecahkan cGMP yang merupakan bahan yang akan menyebabkan segala otot lembut untuk relax.

.

Cialis digunakan sebagai rawatan untuk masalah mati pucuk dengan cara meningkatkan aliran darah kepada bahagian zakar.

.

Ia terhasil menerusi rangsangan seksual dan membolehkan lelaki untuk mengekalkan ereksi dengan lebih lama dan keras untuk seks.

.

Ia sekaligus akan meningkatkan prestasi seks.

.

Prestasi Seks

.

Cialis boleh digunakan sebagai tablet berkekuatan rendah dan boleh diambil setiap hari untuk membuang keperluan anda “merancang” untuk seks.

.

Kiranya anda boleh jadikan ia sebagai ubat untuk membuatkan anda lebih bersedia pada bila bila masa sahaja untuk seks.

.

Kesannya mampu bertahan sehingga 36 jam.

.

Cialis Malaysia juga boleh didapati di farmasi dan anda perlukan preskripsi doktor untuk dapatkannya.

.

Berkesan Ke Cialis?

.

.

Ia perlu diambil sehari sekali tanpa mengira samada anda akan melakukan aktiviti seksual atau tidak.

.

Masa pengambilan juga perlulah sama pada setiap hari sebagai contoh selepas anda bangun tidur dan ia boleh diambil sebelum atau selepas makan.

.

Jika anda minum minuman beralkohol selepas mengambil Cialis, ia akan menyebabkan tekanan darah anda berkurang dan akan mengurangkan prestasi seks anda.

.

Anda juga perlu mengelakkan buah anggur atau makanan yang berasaskannya.

.

Selain itu, anda juga dilarang daripada mengambil Cialis jika anda sedang menggunakan ubat berasaskan nitrate drug untuk masalah sakit dada atau jantung.

.

Gaya hidup dan faktor psikologikal juga akan memberikan kesan terhadap masalah mati pucuk seperti:

  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Stress

.

Prestasi Seks

.

Jadi, jika sekalipun anda mengambil Cialis dan anda tidak menjaga faktor-faktor yang disebutkan tadi, sukar untuk anda mendapatkan peningkatan terhadap prestasi seks anda.

.

.

Kesan Levitra Terhadap Prestasi Seks

.

Prestasi Seks

.

Levitra merupakan jenama bagi satu bahan aktif (vardenafil hydrochloride) dan pengguaannya adalah untuk merawat masalah mati pucuk.

.

Sama seperti ubat farmasi lain yang dinyatakan sebelum ini, ia berfungsi dengan cara membuatkan saluran yang menyalurkan darah ke zakar lebih relax.

.

Ia sekaligus akan menyebabkan lebih banyak darah yang dapat mengalir ke zakar apabila terangsang.

.

Anda juga perlu tahu bahawa kesemua ubat farmasi ini bukanlah jenis ubat perangsang.

.

Jadi, anda perlu memastikan diri anda dirangsang secara seksual untuk berlakunya ereksi.

.

.

Berkesan ke Levitra?

.

Prestasi Seks

.

Ia mempunyai tempoh keberkesanan yang sama seperti Viagra iaitu sekitar 4 ke 6 jam.

.

Perbezaan utama kedua-duanya adalah ia tidak akan terkesan dengan makanan atau alkohol.

.

Namun, terdapat kajian yang mengatakan Levitra adalah lebih sesuai untuk mengatasi masalah berkaitan diabetes berbanding dengan masalah berkaitan prestasi seks.

.

Ia juga boleh didapati di farmasi dan anda perlukan preskripsi doktor untuk menggunakannya.

.

Bagi kebanyakan pesakit, mereka dicadangkan untuk mengambil dos permulaan sebanyak 10 mg apabila perlu.

.

Biasanya sekitar 60 minit sebelum aktiviti seksual dilakukan.

.

.

Dos ini boleh ditambah sehingga 20 mg dan dikurangkan sehingga 5 mg bergantung kepada keberkesanan dan juga kesan sampingannya.

.

Kekerapan pengambilannya adalah sehari sekali.

.

.

Supplement Herba Untuk Prestasi Seks

.

Prestasi Seks

.

Menurut kata-kata Adriane Fugh-Berman yang merupakan Associate Professor di Georgetown University, sebelum anda menggunakan herba atau supplement, adalah lebih baik untuk anda tambah atau mengurangkan perkara berikut dalam hidup:

  • Senaman
  • Berat badan
  • Masalah kesihatan

.

Namun, ada masanya anda tetap perlukan juga suppplement herba untuk membantu anda meningkatkan prestasi seks.

.

Untuk bahagian kedua, jom baca supplement herba terbaik untuk prestasi seks.

.

Baca Juga : 7 Rahsia Tongkat Ali Yang Buatkan Anda Terangkat!

.

.

Supplement Herba Untuk Lelaki

.

.

1. L-arginine

.

.

Ia merupakan sejenis asid amino yang bertanggungjawab dalam pembentukan protein.

.

Didalam badan anda, ia akan bertukar menjadi nitric oxide.

.

Dalam satu kajian, seramai satu pertiga lelaki yang mengambil bahan ini sebanyak 5 gram sehari selama 6 minggu dapat melihat kesan yang lebih luarbiasa terhadap tahap ereksi mereka.

.

Ia disebabkan oleh nitric oxide yang akan menyebabkan saluran darah lebih melebar.

.

Supplement herba yang mengandungi bahan ini adalah:

  • Angelica
  • Danshen
  • Bawang putih
  • Ginkgo
  • Panax Ginseng

.

.

2. Propionyl-L-carnitine

.

Prestasi Seks

.

Badan anda akan menghasilkan asid amino ini yang sangat penting untuk metabolisma.

.

Sebagai supplement, ia akan membantu untuk menjadikan Viagra lebih efektif kepada lelaki yang mempunyai masalah diabetes dan juga mati pucuk.

.

Sebuah kajian menunjukkan bahawa lelaki yang menggunakan sildenafil sebanyak 8 kali dan tidak memberikan kesan, apabila diberikan 2 gram bahan ini setiap hari, mula menunjukkan kesan positif terhadap prestasi seks.

.

Carnitine mampu meningkatkan aliran darah dan ia turut diuji pada lelaki yang mempunyai Peyronie’s diseases yang merupakan masalah zakar bengkok.

.

.

Ia mampu mengurangkan sakit dan mampu untuk merawat masalah ini dengan lebih baik.

.

Namun, anda perlu berhati-hati kerana ia akan mengakibatkan sakit dada, pening kepala, muntah dan ketidakselesaan perut.

.

Ia juga mampu untuk membuatkan peluh dan air kencing anda berbau hanyir.

.

Anda boleh temukan bahan ini didalam didalam daging merah atau asparagus.

.

.

3. Niacin

.

.

Niacin merupakan vitamin B yang meningkatkan paras kolestrol baik dalam tubuh.

.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan, lelaki yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi dan tahap mati pucuk yang sederhana atau teruk mengalami peningkatan dalam tempoh 12 minggu pengambilan 1500 miligram bahan ini.

.

Namun, anda perlu beringat bahawa dos yang tinggi tidak akan menjadikan prestasi seks anda lebih hebat namun sebaliknya yang akan berlaku.

.

Ia mampu untuk memberikan kesan terhadap hati dan menyebabkan masalah jantung, tekanan darah tinggi dan masalah kencing.

.

Supplement herba yang kaya dengan niacin adalah:

  • Paprika
  • Coriander leaf
  • Chinese parsley
  • Cilantro
  • Tarragon
  • Cayenne

.

.

4. Tongkat Ali

.

.

Ramai yang sedia maklum bahawa tongkat ali merupakan herba yang paling mujarab dalam meningkatkan prestasi seks.

.

Hal ini semakin terbukti selepas banyak kajian klinikal yang dijalankan yang menyokong keberkesanan herba ini.

.

Sebagai contoh, didalam sebuah produk tempatan, Nu Prep yang dikeluarkan oleh Biotropics Malaysia Berhad jelas menunjukkan keberkesanan herba ini seperti apa yang dinyatakan didalam video dibawah.

.

.

Sebuah kajian terhadap Tongkat Ali dijalankan untuk mengkaji peningkatan kesuburan lelaki dengan mengukur :

  • Isipadu air mani
  • Kepekatan air mani.

.

Sebanyak 350 lelaki dipilih dan diberikan 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari selama 9 bulan.

.

Hasilnya, 75 lelaki yang berjaya menlengkapkan tempoh 3 bulan pertama telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

.

Antara bahan yang terkandung didalam Tongkat Ali adalah:

  • Flavonoid
  • Alkaloid
  • Bahan lain yang menjadi antioksidan

.

Herba ini juga sangat penting dalam meningkatkan paras testosterone.

.

Prestasi Seks

.

Tahap testosterone sangat berkait rapat dengan prestasi seks lelaki dan tahap testosterone yang lemah boleh disebabkan oleh:

  • Penuaan
  • Kemoterapi
  • Rawatan radiasi
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kecederaan
  • Jangkitan pada zakar

.

Kesan daripada kekurangan testosterone akan mengakibatkan tahap libido yang lemah, mati pucuk dan bagi sesetengah kes pula adalah masalah kesuburan.

.

Terdapat kajian selama sebulan yang dilakukan terhadap 76 lelaki berusia yang mempunyai tahap testosterone yang rendah mendapati dengan pengambilan 200 mg ekstrak herba ini setiap hari akan meningkatkan paras hormon ini ke paras normal.

.

Baca Juga : Benarkah Biotropics Punca Rumahtangga Bahagia?

.

.

Mana Yang Lebih Baik?

.

Prestasi Seks

.

Jika anda ingin meningkatkan prestasi seks anda dan ingin menjadi lebih “ganas” ketika diranjang serta ingin mampu untuk mencuba pelbagai posisi seks bersama pasangan, ada beberapa perkara yang anda perlu fokuskan.

.

Apa yang paling utama sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan ubat farmasi atau supplement herba, anda perlu pastikan gaya hidup anda berubah ke arah yang lebih baik terlebih dahulu.

.

Kemudian, anda perlu kenalpasti pula keberkesanannya dalam jangka masa pendek atau panjang.

.

Biasanya untuk jangka masa pendek, ubat farmasi adalah lebih berkesan.

.

Untuk jangka masa pendek ini adalah jika anda dah terlalu lama tidak berjaya puaskan pasangan anda dan risau perkara yang lebih buruk akan berlaku.

.

Namun anda perlu ingat kerana ubat farmasi kebiasaannya mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan badan anda.

.

.

Untuk jangka masa panjang, kami sarankan anda untuk mengambil supplement herba.

.

Jika anda inginkan hasil yang lebih luarbiasa terhadap prestasi seks anda, amalkan juga gaya hidup yang sihat.

.

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan kesan Viagra, Cialis dan Levitra berbanding supplement berasaskan herba terhadap prestasi seks anda.

.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?