7 Rahsia Tongkat Ali Yang Buatkan Anda Terangkat!

“Sayang, tolong buatkan kopi Tongkat Ali satu.”

 .

Aroma pekat kopi menerjah hidung. Rasa kelat-kelat yang menyegarkan. Walaupun tak sedap, tapi disebabkan ada tongkat Ali, tumbuhan herba yang dikenali sebagai “ubat kuat” ini menjadi kegemaran lelaki.

.

Terdapat banyak nama diberikan kepada tumbuhan ini.

.

Ada yang memanggilnya sebagai Pasak Bumi atau Tung Saw.

.

Ia turut dikenali sebagai longjack atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia.

 .

Secara amnya, pokok tongkat Ali berasal dari Asia Tenggara dan mempunyai taburan semulajadi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

 .

Kenali Pokok Tongkat Ali

 .

Apakah tongkat Ali mengandungi bahan berbahaya? Bagaimana untuk mengenalpasti akar tongkat Ali yang bagus?

.

Video di bawah menerangkannya dengan lebih lanjut.

 .

 .

Mari kita lihat kebaikan-kebaikan luar biasa yang boleh diperolehi dari Tongkat Ali:

 .

Khasiat Tongkat Ali

 .

1. Meningkatkan Kadar Testosteron

.

 …

Testosteron merupakan hormon utama bagi lelaki. Antara fungsinya ialah keinginan seksual (libido), maskulin lelaki, pembesaran otot dan untuk kesihatan tulang.

.

Hormon ini akan berkurang dengan peningkatan umur. Ini akan menyebabkan lelaki itu menghadapi ‘adropause’; keadaan seperti menopos yang dihadapi oleh wanita.

.

Pengambilan tongkat Ali terbukti mampu meningkatkan kadar testosteron.

.

Satu kajian terhadap 76 lelaki berusia yang mengalami testosteron rendah mendapati 90% daripada lelaki berusia itu yang mengambil 200 mg ekstrak tongkat Ali setiap hari mendapati tahap testosteron mereka kembali ke tahap normal.

 .

.

2. Membantu Kesuburan Lelaki

 .

.

Selain membantu meningkatkan kadar testosteron, tongkat Ali juga mampu menambahkan kualiti sperma yang membantu dalam kesuburan lelaki.

..

.

Ada satu kajian dijalankan pada tahun 2010 terhadap 75 orang lelaki, menunjukkan perubahan dalam kualiti sperma mereka selepas mengambil 200mg tongkat Ali setiap hari selama tiga bulan. 15% daripadanya melaporkan isteri mereka hamil.

.

.

3. Merangsang Keinginan Seksual

 

.

Sememangnya tumbuhan herba ini diamalkan untuk meningkatkan keinginan seksual.

.

.

Pada tahun 2003, terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas tikus tua. yang diberikan tongkat Ali selama 10 hari. Hasil daripada kajian tersebut mendapati tikus yang menerima ekstrak herba ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam aktiviti seksual.

.

.

Tiada kajian saintifik berkenaan khasiat herba ini terhadap manusia. Namun, hasil testimoni dan maklum balas yang diterima daripada pengguna tongkat Ali, kebanyakan mereka mengaku ada peningkatan libido, ereksi lebih lama, ejakulasi lebih kuat dan hubungan intim menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

 .

.

  1. Meningkatkan Kesihatan Tulang

.

.

Kekurangan hormon testosteron boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh yang dikenali sebagai osteoporosis.

.

Memandangkan herba tongkat Ali ini mampu meningkatkan kadar testosteron, maka secara tidak langsung ianya juga dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang.

.

.

  1. Mengurangkan Lemak Dan Membina Otot

 .

 

Pengambilan tongkat Ali adalah pilihan yang baik sekiranya anda ingin membina otot. Anda masih boleh menikmati khasiatnya biarpun tidak menjadi atlet sepenuh masa. Hal ini kerana herba ini mampu mengurangkan lemak dan meningkatkan berat otot (lean body mass).

.

Dalam kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Sukan British, penyelidik mendapati bahawa pengambilan 100 mg ekstrak tongkat Ali setiap hari selama lima minggu dapat meningkatkan jisim otot dan kekuatan bagi lelaki yang mengambil bahagian dalam program latihan intensif berbanding dengan mereka yang hanya membuat latihan secara bersendirian.

.

.

Prestasi atlit juga dapat ditingkatkan. Ini kerana tongkat Ali mengandungi sebatian yang disebut quassinoids yang boleh membantu tubuh badan menggunakan tenaga dengan lebih berkesan, mengurangkan keletihan, dan meningkatkan ketahanan.

.

.

  1. Menstabilkan Mood

.

.

Selalu stres?

.

Resah dan gelisah?

.

Ambil sahaja Tongkat Ali. Ia boleh membantu meredakan tekanan, menaikkan mood dan mengurangkan keresahan.

.

.

Satu kajian pada tahun 1999 mengenalpasti peranan herba ini dalam merawat masalah mood. Penyelidik mendapati bahawa ekstrak tongkat Ali adalah setanding dengan ubat anti-kecemasan yang biasa untuk mengurangkan gejala keresahan.

.

.

Kesan yang sama telah dilihat pada manusia, tetapi penyelidikan adalah terhad.

.

.

Kajian

.

Kajian selama 1 bulan terhadap 63 orang dewasa yang mengalami stres sederhana mendapati pengambilan 200 mg ekstrak tongkat ali setiap hari dapat membantu mengurangkan tahap hormon stres cortisol di dalam air liur sebanyak 16% berbanding dengan mereka yang menerima placebo.

.

Peserta juga dilaporkan dapat bertenang dan kurang marah selepas mengambil tongkat Ali.

 .

.

  1. Meningkatkan Metabolisme Badan

.

.

 

 

Satu kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan peningkatan sensitiviti insulin dan glukosa dengan pengambilan ekstrak tongkat Ali secara teratur.

.

 

Kesimpulannya, tongkat ali sememangnya mempunyai banyak kebaikan. Kita seharusnya kagum dengan orang-orang dahulu yang berjaya merungkai khasiat herba ini biarpun tanpa penggunaan teknologi yang canggih.

.

Namun menurut Dr Rasadah Mat Ali, cara terbaik untuk mendapatkan khasiatnya adalah dengan mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan.

.

Ini adalah cara yang betul dan selamat untuk mendapatkan manfaat dan khasiat tongkat Ali.

.

Adalah penting bagi anda untuk mengenali produk yang benar-benar mengandungi kandungan asli Tongkat Ali.

.

Bagi membantu anda membuat pilihan, kami syorkan anda untuk mengambil MEN’S FORMULA BIOTROPICS. Supplement ini dijamin halal, lulus KKM serta mengandungi herba-herba tradisional untuk membantu anda tahan lama bersetubuh.

.

MEN’S FORMULA BIOTROPICS adalah untuk lelaki yang mengalami situasi-situasi ini:

.

  • Gaya hidup yang aktif dan sibuk
  • Sering rasa lesu dan keletihan
  • Kesihatan seksual kian merudum
  • Prestasi harian diri tidak lagi seperti dulu

 

Produk ini merupakan anak syarikat kepada Khazanah Nasional Berhad produk yang disahkan selamat & berkesan oleh USFDA, serta disyorkan oleh doktor pakar sakit tuan, Dr Ismail Tambi.

 .

Diformulasikan dengan teknologi Physta® Tongkat Ali dan 6 herba lain, ia dapat mengembalikan kesihatan seksual dan tenaga harian anda.

  • Tongkat ali (meningkatkan stamina)
  • Devil’s thorn (melancarkan darah dalam batang zakar)
  • Horny goat (meningkatkan tahap libido)
  • Maca root (menambahkan kuantiti air mani)
  • Cordyceps (membantu meningkatkan stamina)
  • Ginseng (mencergaskan dan menyegarkan badan)

 

Untuk maklumat lanjut tentang MEN’S FORMULA BIOTROPICS, klik link di sini.