Shhh.. Nak Belajar Cara Romen?

Ya, ini Teknik Khas untuk Tahan Lama + Zakar lebih Keras


Khusus kepada anda, pembaca Blog ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni
kehidupan

Keluarga Bahagia – Apa Maksud & Ciri-ciri Yang Sebenar

Semua daripada kita mahukan keluarga yang bahagia.

.

Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh anggota keluarga sebelum mencapat matlamat tersebut.

.

Walaupun ada ramai daripada mereka yang berjaya memperoleh matlamat tersebut, namun ada juga yang tidak bernasib baik.

.


.

Matlamat ini tidak mudah untuk dicapai, sebaliknya memerlukan kerjasama yang penuh daripada seluruh ahli keluarga.

.

Makna keluarga bukan lah hanya sekelompok individu yang tinggal dan hidup dibawah satu bumbung sahaja, malah ianya lebih kompleks dan unik daripada itu.

.

Untuk sesebuah keluarga mencapai hasrat tersebut, mereka hendak lah mengetahui apa maksud keluarga bahagia dan macam mana cara bahagiakan keluarga.

.

.

Baca Juga: 13 Cara Tahan Lama – Sampai Bila Anda Suami, Nak Terus ‘Kalah’?

.

.

Definisi Keluarga

.

.

Keluarga adalah sebuah kelompok kecil yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang individu yang empunyai pertalian sama ada melalui pertalian darah mahupun ikatan perkahwinan.

.

Sekumpulan kelompok ini hidup dan tinggal didalam satu organisasi/komuniti yang dipanggil sebagai keluarga.

.

Bukan setakat itu sahaja, mereka saling berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain dalam mengekalkan keharmonian mereka dan kelangsungan kelompok tersebut.

.

Dalam usaha ini, masing-masing mempunyai peranan yang perlu dimainkan oleh mereka

.

.

.

.

Maksud Keluarga Bahagia

.

Keluarga bahagia merupakan sebuah istilah yang digunakan apabila sesebuah keluarga itu dapat, melaksanakan nilai-nilai yang baik seperti berbincang, tidak bersangka buruk, sentiasa memahami, berlaku amanah, serta bersyukur atas apa yang dimiliki satu sama lain.

.

Salau satu tanda ketara keluarga bahagia ialah apabila sesebuah rumah itu sentiasa berada dalam keadaan aman, tenang, tenteram dan gembira.

.

.

Selain itu, keluarga yang bahagia juga sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, mengamalkan adab sopan dan santun yang baik antara satu sama lain. Mereka juga sentiasa mengamalkan amalan hormat menghormati dan nilai-nilai moral yang baik sesama mereka.

.

Apabila keluarga bahagia dapat wujud di setiap keluarga, maka masyarakat yang aman, makmur dan majmuk juga dapat dilahirkan.

.

.

Aspek Penting Keluarga Bahagia

.

1) Kasih Sayang

.

.

Keluarga ialah tempat dimana setiap ahlinya saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Mereka juga sentiasa mengambil berat tentang keadaan diantara mereka.

.

Setiap ahli memerlukan kasih sayang yang mencukupi untuk mewujudkan keluarga bahagia terutama sekali anak-anak kecil yang ingin membesar yang memerlukan kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka.

.

Rasa mementingkan diri, tidak menghiraukan keadaan sesama sendiri perlulah dielakkan supaya keluarga lebih harmoni untuk menyokong moral setiap ahli keluarga.

.

.

2) Amalan Agama

.

.

Dalam pada itu, didikan agama juga tak boleh dipandang remeh. Perlu diingatkan, agama juga antara faktor yang menentukan kebahagiaan sesebuah keluarga.

.

Menyediakan didikan agama dan amalan agama ialah salah satu faktor kepentingan keluarga bahagia yang perlu diambil serius bagi mencapai matlamat keluarga yang bahagia, harmoni dan beradab tinggi.

.

Ibadah agama bukan sahaja dapat mendekatkan diri kita dengan tuhan, malah boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga serta masyarakat.

.

.

3) Ekonomi yang stabil

.

.

Untuk memperoleh keluarga bahagia, setiap keluarga itu perlu lah mempunyai sumber pendapatan yang stabil yang mampu untuk menampung berlanjaan untuk kelangsungan mereka sekeluarga.

.

Sebagai ibu dan bapa, adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan kelangsungan jangka masa panjang keluarga mereka.

.

Ekonomi yang stabil boleh membantu melancarkan dan memudahkan urusan harian keluarga.

.

.

4) Peranan Setiap Ahli

.

.

Setiap dari anggota keluarga perlu bijak dalam melaksanakan peranan penting dan perlu sentiasa diingat dan dipraktikkan.

.

Sebagai anak, mereka hendaklah mendengar, dan menghormati ibu bapa mereka.

.
Sebagai ibu bapa pula mereka mestilah menyediakan segala keperluan serta nafkah kepada setiap anggota keluarga.

.

.

5) Berkomunikasi

.


.

Untuk memperoleh keluarga yang bahagia, mereka mestilah berkomunikasi secara sihat, hormat menghormati antara ibu bapa dan anak-anak.

.

Nilai dan adab yang mulia seperti bersopan santun dan sentiasa berfikir positif antara satu sama lain merupakan kunci utama.

.

Tiadanya nilai sopan santun akan membuatkan sesebuah komunikasi itu menjadi tidak berkesan serta akan diakhiri dengan bergaduhan dan perbalahan.

.

.

6) Gaya hidup sihat

.

.

Tidak hanya terhenti disitu, keluarga yang sihat sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

.

Menyediakan makanan yang sihat dan seimbang juga merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira oleh pasangan ibu dan bapa. Bersenam dan beriadah bersama juga tak dilupakan.
.

Dengan ini anak-anak dan seluruh ahli keluarga dapat hidup dengan harmoni sihat serta bebas dari sebarang penyakit dan komplikasi yang menganggu kesejahteraan.

.

.

7) Pendidikan

.

.

Pendidikan anak-anak juga tidak boleh dilupakan.

.

Ibu bapa perlu memastikan setiap anak mendapat pendidikan yang cukup tak kira di sekolah ataupun dirumah.

.

Pendidikan anak-anak merupakan salah satu tanda ibu bapa tersebut memainkan peranan mereka dengan baik.

.

.

8) Tempat tinggal

.

.

Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan lengkap dengan keperluan harian ialah tanggungjawab ibu bapa.

.

Disini lah tempat mereka berlindung daripada panas dan hujan serta tempat mereka beristirahat.

.

Dan disini lah juga tempat mereka banyak menghabiskan masa antara satu sama lain.

.

Selain dari tempat berlindung, rumah juga lah tempat berkumpulnya ahli keluarga dan saudara mara.

.

.

.

Cara Menjadikan Keluarga Bahagia

.

.

Tiada cara yang tepat atau cara melahirkan keluarga bahagia yang cepat

.

Ianya perlu dilakukan dalam masa yang panjang dan memerlukan kerjasama daripada semua anggota keluarga, tak kira lah dari anak-anak mahupun ibu bapa.

.

.

Tanggungjawab setiap anggota keluarga perlu dilakukan bagi mencapai matlamat dan objektif keluarga dapat diperolehi dengan jayanya.

.

.

1) Peranan setiap ahli keluarga

.

Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu apakah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan untuk anak-anak dan keluarga.

.

.

Kita juga perlu sedar dan faham apakah peranan sebenar kita sebagai ibu bapa bukan hanya perkara-perkara wajib seperti nafkah, malah perkara-perkara lain walaupun ia kecil dan nampak remeh.

.

Persetujuan dan perbincangan perlu dibuat bersama pasangan anda tentang strategi dan cara macam mana untuk anda dan pasangan anda melahirkan keluarga bahagia.

.

Perbalahan, konflik, dan masalah hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik dan dapan memuaskan hati semua.

.

.

2) Komunikasi Berkesan

.

.

Sebenarnya setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan suasana keluarga tenteram dan harmoni.

.

Jika ada masalah atau konflik, anda dan pasangan mestilah berbincang dan berkomunikasi secara sihat untuk menyelesaikannya.

.

Biasakan berkomunikasi bersama pasangan anda kerana ianya dapat mengelak daripada berlakunya pergaduhan dan perbalahan antara ahli keluarga anda.

.


Gambar Keluarga Bahagia

.

Kongsikan segala masalah dan konflik yang dihadapi dengan cara yang professional tanpa dikawal dengan emosi.

.

Elakkan perasaan marah dan emosi yang tidak stabil daripada mengganggu komunikasi anda tersebut.

.

Ini supaya masalah yanng berlaku dapat diselesaikan dengan adil dan baik serta semua pihak dapat menerima dengan hati yang terbuka akan apa yang berlaku.

.

.

3) Menerima

.

.

Setiap manusia tak dijadikan sempurna secara dalaman, masing-masing ada kelemahan mereka tersendiri, terimalah segala kelemahan pasangan anda seadanya.

.

Kita juga dijadikan untuk mempunyai perbezaan dari segi sikap, cara kita menerima sesuatu keadaan dan cara kita menyesuaikan diri terhadap konflik yang baharu.

.

Jika salah seorang ahli keluarga mempunyai kekurangan dan kelemahan, ahli keluarga lain sebagai keluarga perlu lah memberi moral support kepada mereka supaya sama-sama dapat berubah kearah yang lebih baik.

.

.

Kasih-sayang, hormat menghormati, dan sentiasa sabar dengan setiap musibah yang berlaku boleh mengeratkan hubungan antara keluarga dan membantu dalam menjadikan sesebuah keluarga itu bahagia dan harmoni.

.

.

4) Nafkah

.

Pemberian nafkah zahir dan batin penting dalam setiap keluarga dan tak boleh dipandang remeh.

.

.

Tempat tinggal yang serba lengkap dan sempurna juga mesti lah disediakan oleh ibu bapa supaya setiap ahli keluarga dapat tinggal dengan tenteram dan selesa.

.

Keperluan seperti makanan dan minuman yang mencukupi juga mestilah disediakan dan dijaga sebaiknya seperti memberi makanan yang sihat dan seimbang dan sebagainya.

.

Ini bagi menjadikan rumah sebagai tempat yang selesa, selamat, dan tenteram setiap kali mereka pulang kerumah.

.

.

Anak-anak ialah amanah Allah kepada ibu bapa untuk dijaga, nafkah dan pendidikan terutama sekali didikan agama perlu diberikan kepada mereka.

.

.

Tak boleh ambil remeh perkara ini kerana kanak-kanak yang sedang meningkat remaja perlu diberi perhatian penuh, perlu diberikan didikan tentang adab dan moral yang mencukupi.

.

Ini bagi menyiapkan mereka untuk menghadapi dunia remaja dan dewasa kelak supaya mudah untuk mereka berdikari.

.

Nafkah suami kepada isteri juga tidak boleh dilupakan. Ianya perlu seimbang diantara nafkah zahir dan batin bagi memenuhi keperluan isteri.

.

.

Perkahwinan sememangnya bukan setakat seks sahaja, bahkan ianya bukan alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai suami.

.

.

Mesti ramai diantara anda yang sering bertanyakan soalan ini seumur hidup, “Bagaimana melahirkan keluargabahagia? Apa rahsianya?”

.

Setiap yang diterangkan diatas perlulah menjadi keutamaan oleh setiap keluarga dan berusaha untuk merealisasikannya.

.

.

Baca Selepas Ini: Kesihatan Lelaki 40-an – Menjelang 4-Series, Ini Yang Anda Perlu Jaga

.

.

Kenapa Keluarga Tak Bahagia

.

.

1) Tak bersedia

.

.

Dalam rumah tangga, persediaan itu penting baik dari segi fizikal, mental, mahupun kewangan.

.

Persediaan dari segi pengetahuan dan ilmu yang cukup juga penting supaya mudah untuk menghadapi segalah masalah dan konflik yang bakal berlaku.

.

Ramai dari kalangan individu di negara kita lebih cenderung untuk menyelesaikan segala masalah sendiri tanpa merujuk dengan pakar.

.

.

Akhirnya keadaan bertukar menjadi tragedi dan menyebabkan perbalahan yang berpanjangan berlaku. Jangan sampai perkara ini terjadi.

.

Dapatkan khidmat kaunseling rumah tangga atau kongsikan masalah masalah anda dengan orang yang terdekat dan yang lebih berpengalaman.

.

Masalah rumah tangga sepatutnya diselesaikan dengan cara yang rasional dan bijak.

.

.

2) Pengabaian kepentingan agama

.

.

Agama merupakan syarat penting dalam sesebuah keluarga, lebih-lebih lagi kepada keluarga muslim.

.

Ini kerana agama bertindak sebagai petunjuk dan hukum hakam yang menjadikan seseorang itu bertukar kearah lebih baik.

.

Ia juga merupakan antara faktor yang menentukan tahap kesihatan dan kebersihan jiwa rohani seseorang.

.

.

Agama juga mempunyai jawapan keatas segala permasalahan dan kemusykilan yang bersifat spiritual dan rohani yang mana sangat-sangat memberi kesan kepada kehidupan seseorang.

.

Segala yang telah ditetapkan dalam agama juga mengandungi penerangan yang munasabah dan kelebihan yang boleh membantu segala masalah dan kemusykilan seseorang.

.

Tidak lengkap lah kehidupan seseorang itu jika tidak disemaikan dengan nilai agama yang kukuh.

.

.

3) Tiada perancangan masa hadapan

.

.

Untuk memastikan segala objektif dapat dicapai, perancangan masa hadapan perlu lah kukuh.

.

Ini kerana ramai orang yang mahu berkahwin, tetapi apabila ditanya mereka tidak ada pun perancangan masa hadapan yang betul-betul kukuh dan boleh dilaksanakan.

.

Orang yang berpandangan jauh akan merancang masa hadapan mereka dengan teliti dan dari sudut pandang pelbagai aspek.

.

.

Aspek seperti kewangan, anak-anak, future planning aspek-aspek lain boleh menjadi pemboleh ubah kepada keluarga bahagia.

.

Cara berfikir yang bersifat jangka masa pendek dan tidak memikirkan jangka masa panjang akhirnya akan mendatang konflik

.

Ia juga boleh mengakibatkan penceraian berlaku jika konflik yang dilalui tidak dapat diselesaikan.

.

.

4) Tidak mahu memperbaiki diri dan keluarga

.

.

Perkara seperti ini sering kali terjadi kepada banyak keluarga-keluarga zaman sekarang. Kesibukkan dan kekurangan masa untuk diluangkan bersama semua ahli keluarga menyebabkan budaya sosial keluarga menjadi tidak sihat.

.

Tambahan pula, apabila sudah bertahun-tahun terbiasa dan sebati dengan budaya yang sama, peluang untuk berubah pula semakin tipis.

.

Ini menjadikan mereka terus berpuas hati dengan keadaan keluarga mereka yang sekarang walaupun sebenarnya keadaan tersebut agak toxic dan tidak sihat.

.

.

Akhirnya ia menyebabkan ramai dari antara mereka tidak menyedari apa kekurangan yang ada pada mereka dan kelemahan yang patut diperbaiki, dan ingin kekal seperti itu akibat sudah selesa dan terbiasa.

.

.

.

.

5) Melepaskan tanggungjawab kepada sebelah pihak

.

Kerja rumah seperti membasuh baju, memasak dan mengemas rumah bukan tugas seorang isteri semata-mata, malah ianya tanggungjawab suami juga.

.

.

Namun ramai diantara para suami menganggap ianya perkerjaan wanita semata-mata dan melepaskan tanggungjawab itu kepada si isteri.

.

Sikap timbang rasa dan bertolak ansur perlulah diamalkan sebelum ianya menjadi barah dan menimbulkan konflik yang belarutan.

.

Tugas seorang isteri bermula dari beliau bangun tidur menguruskan suami & anak-anak, sehinggalah beliau masuk tidur keesokkan harinya.

.

.

Apa salahnya suami tolong ringankan beban si isteri kan?

.

Untuk anda yang ingin melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, sila ambil nota perkara ini.

.

.

Kesimpulan

.

Pengorbanan dan kerjasama dari setiap ahli keluarga sangat diperlukan untuk memperoleh keluarga bahagia.

.


Doa Keluarga Bahagia

.

Kelemahan dan kekurangan yang ada perlulah diterima dengan hati yang terbuka dan diperbaiki supaya dapat mengelakkan pergaduhan dan pertelingkahan.

.

Sentiasa lah perbaiki setiap kelemahan yang dilihat supaya anda boleh memperbaiki apa yang kurang dalam keluarga anda.

.

Belbagai faktor-faktor penting perlu diamalkan bagi memupuk sikap kasih sayang, dan suasana yang harmoni didalam keluarga seperti makan dan pakaian yang mencukupi bagi mengekalkan keluarga bahagia.

.

.

Element seperti bertolak ansur, kasih sayang, pemikiran yang rasional, boleh membantu menyelesaikan konflik dan meredakan ketidaksefahaman antara ahli keluarga.

.

Ibu bapa dan anak-anak perlu tahu apakah tanggungjawab yang perlu dipikul dan dijaga sebaik mungkin.

.

Kerjasama dan peranan setiap anggota keluarga perlu dimainkan sebaik mungkin, tanpanya cita-cita untuk memperoleh keluaga yang bahagia tidak akan mampu tercapai.

.

.

Baik lah, sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini.

.

Diharap apa yang dikongsikan kami pada hari ini dapat dijadikan tambah nilai kepada pengetahuan pembaca semua.

.

.

Terima kasih kerana telah membaca. Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang: Benarkah Biotropics Punca Rumahtangga Bahagia?

.

.